Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Solat Hajat




مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ

ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ...

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَفِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ

وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو الْوَرْقَاءِ

Maksudnya:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa. Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’. - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.

Solat Sunat Hajat ni kalau u olls nak tahu ialah solat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Selain daripada tu, ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Di sini I nak kongsikan Riwayat At-Tarmizi iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”


BILA SESUAI SOLAT HAJAT?

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

BAGAIMANA CARA SOLAT HAJAT?
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ni berlainan sedikit kerana pada sujud yang terakhir, kita perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Alhamdulillah malam tadi dah sempurna solat hajat berjemaah bersama family tersayang
Antara hajat besar ialah mendoakan segalanya dipermudahkan untuk SYAHIDAH yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Insyallah everything will be ok.

Untuk kereta baru kami Si Putih...agar sentiasa membawa kami sekeluarga dengan selamatnya


Untuk AQEEL sayang supaya sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. *mak long sayang kamu*


Untuk Ahmad supaya dipermudahkan jodoh hendaknya

Untuk Izz dan Majdi supaya sentiasa sukses dalam pelajaran mereka

dan untuk abah dan ma supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik....Amin

Sunday, April 14, 2013

Farouq's Sports Day

Hello u olls...
Hari yg dinanti dh tiba
Brainy Bunch Sports Day

Sports day ni gabungan semua branch BBIM around Klang Valley
Ramai btl student BBIM termasuk secondary students

Setiap brunch ada theme masing2...ada yg ala2 koboi,kangaroo,cat mcm2 lagilah
Subang brunch theme is bunny..comel sgt

B4 games start, all the students performed lion dance n monkey dance
Ya allah comel sgt especially bdk2 playhouse yg menari...geram btl
Tp farouq buat perangai sket semalam xnak join the crowd, sebab panas
Demand ok ank mama ni

End upnya menarilah farouq sambil berdukung
Adoi lenguh tangan mama
But after all we had a great time
And thanx to qari n ateh sebab ikut kitaorg utk jd pom2 girls

Monday, October 15, 2012

Day 2 - Great Wall Of China


ha...kagum tak tgk gambar kt blakang ni
inilah namanya Great Wall of China
antara 7 keajaiban dunia yang disebut-sebutkan tu
berpuluh kali tenyeh mata sebab macam tak caya dh sampai kt sini..
dlm hati terharu jek..sob...sob...sob

masuk bab sejarah sket ye kawan2...
GWC ni merupaka kubu pertahanan negara cina yang dibina sejak tahun 200 SM iaitu semasa zaman Dinasti Ming lg
kubu ni diorang bina untuk melindungi utara China daripada Mongolia dan Turkik.

kalau korang nak tahu panjang GWC ialah 6,400 km...just imagine..huish nk mdmbayangkan pun dh jenuh apatah lagi nk mendakinya
hamik gambor je lah wei
 
 nah hamik tgk gambar 100 yuen...buat duit je dorang nih
 
 
anak teruna sedang menunggu pinangan si gadis sunti...
 
 
dey...kita belum abis kelas sejarah lagi ye..
sebab tu I tak layak jadi cikgu
mengarut lebih banyak dari mengajar
ok, disambungkan citer....GWC ni telah dibina oleh petani2 yang telah dikerahkan oleh kerajaan cina pada masa tu
semasa pembinaanya ramai yang telah mati syahid terkorban
sebab tu ia juga digelar kubur terpanjang di bumi
siapa sangka mayat2 yang terkorban tu turut menyumbang kepada penghasilan GWC yang teguh tu..
scarrynya...nasib baik tak dtg mlm..
 100 yuen melayang lagi
 
 
Musa si tourist guide je yang larat mk kejor farouq
 




ha...korang jgn risau kt atas GWC ni ada toilet, cafe, org berjual-jual dan kemudahan2 lain
orang kata kalau  ke GWC pada musim bunga lagi best
sebab pemandangnnya yang lebih cantik dan romantis giteww..
time kitaorng g ni dh masuk summer so xbrape nk best sgt
 
 hongga..hongga..kamilah tentera berkuda dinasti Ming...
tgk tu aku pakai selipar je sebab kaki dh melecet
kui..kui...kui
 
 jangan tak tau kitaorg ada peminat ye..haish ni yang malas kalau jd artis nih
 
 
pemandangan yang sangat WOW...
 
 
eh..eh dh abis ke pelajaran sejarah td??
hehehee...kalau korang nk tau lebih2 pasal sejarah GWC ni google la sendiri yo...
eden memang tak gomar sejarah ni dari sekolah dulu..
 
 



ni belum sampai 2nd tower...muka tu sila abaikan sebab i tgh menahan rasa gayat
 

                                                               bila lagi nk menggediks kan?kan?kan? korang nk muntah darah ke tengok gambar ni?
 

 
 
 
hokey...inilah antara pic's yang diambil dari GWC
next destination ialah Silk House...
 


Thursday, October 11, 2012

Her Big Day

Niat suci hari ni nak sambung citer pasal p China tp semua pic's dlm lappy
tp utk tidak menghampakan En. Blog...i ada supriseezz...
citer pasal hal kawin2 plak
citer p China kita continue later2 lah ye...

Arakian maka tersebutlah kisah 6 orang adik beradik
3 dara dan 3 teruna
si sulung dan si tengah telah berkeluarga maka tibalah masa si bungsu dara menyusul pula
kini tinggallah 3 teruna yang masih belum bertemu jodoh
berkepit di bawah ketiak ayanhanda dan bonda...
hahahaha.....

Congatulation SISTER...
Pada usia 25 tahun telah mendapat suami...awak sgt gatal hokey
i olls umur 27 baru dapat can nk kahwin....i olls mmg tak gatal compare ngan SI TENGAH dan SI BONGSU
hehehehe....

 chomel kan mereka???bagai pinang dihirs lapan


alolololo....mcm ku kenal tudung pengantin itu...recycle eh??

anyway selamat berbahagia adinda
Nur Syahidah dan Suami...(nama penuh belum hafal lagi...kui..kui..kui)
Selamat menempuhi alam berumahtangga yang penuh dengan pahit, manis dan kadang2 payau sket...hahahaha



Monday, July 9, 2012

Happy 26th BirThdaY Alang....

happy birthday dear brother....

Maturity has more to do with what types of experiences you've had, and what you've learned from them, and less to do with how many birthdays you've celebrated

 ini bukan alang ye...ini anak buah alang yang suka camwhore macam mama dia gak


 oooo...vespa cabuk ku


 2 and a half men's





 hasil snap gambar mama yang blm mandi


 ini birthday farouq ke birthday alang...suka inteprem anak mama ni


 birthday boy yang dh tua


ok...walaupun bkn birthday saya, saya tetap nk potong kek

Thursday, July 5, 2012

maMa's BoY

hello u olls...

dh lama I x post story pasal lil Farouq kan??? Dah 2 tahun anak mama
cepat betul masa berlalu....
kadang2 rasa rindu kat farouq version baby...
rindu time dia new born...
baru pandai pusing badan, meniarap, merangkak, bangun...jatuh...bangun balik...
fuhh...how I miss those moments

Bukan maknanya mama tak sayang Farouq version big boy
Mama sayang Farouq tak kira Farouq version baby, version big boy, version remaja, dewasa atau version tua...mama will always love u
tapi rasa sedih+ takut+gembira bila fikirkan one day anak mama makin besar
akan masuk tadika...skolah...universiti...and kahwin
lepas tu akan tinggalkan mama n papa and ada family sendiri...

Just can't imagine that one day u will have your own life , your own family
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mama
Semoga menjadi anak yang soleh dan khalifah Allah yang bertaqwa
Mama will always be here for u baby...anytime, anywhere...just call my name n I'll be by your side

Love u baby....


sesi bergosip anak beranak...hehehehe


















































Thursday, July 7, 2011

DiScoVeriNG siNgaPoRe

Kat sini I nak share some photos masa g Singapore ari tu...
Haih nk citer pasal keindahan Singapore tak cukup satu page blog ni kot..
and yang paling penting Universal Studios dia sangat best hokey...

Day 1- Flight kul 6.15 pagi...maka dengan muka terpisat-pisat kami bangun seawal jam 5.00 pagi....berperang gaklah nk kejutkan farouq n papa

Arrived at Changi Airport, Singapore kul 7.00 pagi...kejap je flight ni, xsempat nk mengantuk tgk2 dh sampai Singapore..hehehehe

Terus simpan bag kat Marina Mandarin Hotel...kelas ko hotel ni 5 star gitue..rasa cam celebrity plak hahaha...first time I merasa hotel RM 600 per night...tq bapak mertua ku yg sponsor hotel:)

Lepas simpan bag nk merasa plak naik MRT...gerak g MRT Station untuk ke Universal Studios...

9.15 pagi sampai Universal Studios-sangat jakun-sambil nganga mulut. Duk kat sini sampai kul 7 terus gerak balik hotel.Kaki rasa cam nak pecah setelah seharian berjoli sakan dalam Universal Studios itu.TQ Encik Toyol sponsor saya masuk Universal Studios;)

7.15 malam Check in hotel dan mandi manda

8.45 malam g makan kat Restoren Zam-Zam@Arab Street. Masa ni mg h terkulai layu di tasik masu kot...penat giler

Day 2 -
Breakfast@Marina Square then Jalan2 kt Bugis Street utk cari souvenier.

7.00 malam Bersiap sedia ke Night Safari.Kagum lagi skali dengan tempat ni dan dgn persembahan2 yg dibuat oleh binatang yang ada kat sini...xmcm Zoo kat Malaysia pun

Day 3
Berjalan-jalan di Marina Sand Bay, amik gambar di Merlion

Kesimpulan-Best, best dan best,kalau ada duit bley g lagi...tp barang sgt mahal kat sana so ko xyah mimpi nak shopping2 sakan.

p/s:terima kasih en.toyol kerana anda pasport saya dipenuhi cop2 negara2 yang tak pernah termimpi utk saya pergi.Love u Sayang


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...