مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ
ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ...
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَفِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ
وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو الْوَرْقَاءِ
Maksudnya:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa. Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’. - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.
Solat Sunat Hajat ni kalau u olls nak tahu ialah solat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Selain daripada tu, ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Di sini I nak kongsikan Riwayat At-Tarmizi iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”
BILA SESUAI SOLAT HAJAT?
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
BAGAIMANA CARA SOLAT HAJAT?
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ni berlainan sedikit kerana pada sujud yang terakhir, kita perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
Alhamdulillah malam tadi dah sempurna solat hajat berjemaah bersama family tersayang
Antara hajat besar ialah mendoakan segalanya dipermudahkan untuk SYAHIDAH yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Insyallah everything will be ok.
Untuk kereta baru kami Si Putih...agar sentiasa membawa kami sekeluarga dengan selamatnya
Untuk AQEEL sayang supaya sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. *mak long sayang kamu*
Untuk Ahmad supaya dipermudahkan jodoh hendaknya
Untuk Izz dan Majdi supaya sentiasa sukses dalam pelajaran mereka
dan untuk abah dan ma supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik....Amin
No comments:
Post a Comment