Wednesday, July 4, 2012
Jangan MeraJuk
Dear Blog,
Maafkan saya kerana sekali lagi mungkir janji untuk menjaga awak dengan baik.Harap awak tidak ambil hati dan memaafkan kesilapan saya.
Siapa kata saya tidak rindu pada awak, saya akui sememangnya satu kesilapan kerana tidak dapat mengatur masa dengan bijak dan terus mengabaikan awak. Sekali lagi saya mohon maaf di atas kekhilafan saya ini.
Kali terakhir saya mencoret di sini 4 bulan yang lepas itu pun tidak banyak dan seperti biasa janji-janji kosong saya taburkan. Saya rasa awak pun sudah masak dengan perangai saya ini dan satu hari nanti tidak mustahil jika awak akan muak dan membenci saya pula. Jangan begitu En Blog kerana saya memerlukan awak di kala saya gembira dan sedih, awak tempat luahan perasaan saya dan awak juga adalah pendengar dan peneman yang setia.
Encik Blog,
Mungkin awak rasa saya hanya mempergunakan awak. Namun ketahuilah jauh di sudut hati kecil ini saya benar-benar ikhlas menganggap awak sebagai teman setia saya. Di pagi yang hening ini, saya mencuri waktu untuk melawat awak kerana hati saya tidak dapat menahan rindu pada awak lagi. Ya, saya memang bersalah. Maafkan saya:(
Sekian, coretan saya pada kali ini. Moga berjumpa lagi dan harapan saya agar awak tetap di sini setia menemani.
Labels:
myself
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment