yo...yo wassap wassap....mcm good2 je tetiba jadi minah rapper kan?dhla lama tak update blog alih2 buang tebiat plak.hehehehe...jgnlah marah i u olls..
ari ni I rasa berselera utk update blog plak walaupun keje bertimbun depan mata.Kali ni nk sentuh sket bab ISTIQAMAH.
Tahukah anda apa makna ISTIQAMAH?ISTIQAMAH kah anda dalam urusan harian?
Istiqamah bermaksud berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.
Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa".
gambar xde kena mengena ngan header pun....
No comments:
Post a Comment